Thursday 7 May 2015

80% ORANG TAK TAHU TENTANG FAKTA INI


1. Coca-cola dahulu berwarna hijau.
2. Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Muhammad
3. Dalam bahasa Inggeris, semua nama benua diawali dan diakhiri dengan huruf vokal yang sama.
4. Otot terkuat yang ada di badan kita adalah lidah.
5. TYPEWRITER adalah kata terpanjang yang dapat ditaip dalam satu baris terus keyboard anda.
6. Perempuan berkedip dua kali lebih banyak dari pada lelaki
7. Menahan nafas tidak akan membuat seseorang itu mati.
8. Setiap manusia tidak dapat menjilat siku tangannya sendiri.
9. Kalau ada orang mengucapkan doa setiap kali ada yang bersin karena memang setiap kali bersin, jantung berhenti berdenyut satu milisecond.
10. Secara fizik, setiap babi tidak dapat melihat ke langit.
11. Ucapkan "sixth sick sheik"s sixth sheep"s sick" beberapa kali, nanti anda akan mahir berbahasa inggris!
12. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987, 654,321
13. Kalau ada patung orang naik kuda dan dua kaki depan kuda itu naik di udara, itu tandanya orang itu mati dalam perang.
14. Kalau cuma satu kaki kuda yang diangkat tandanya orang itu cuma cedera dalam perang.
15. Satu-satunya makanan yang tidak akan basi? Jawapan: madu.
16. Siput boleh tidur selama 3 tahun.
17. Indera rasa kupu-kupu ada pada kakinya
18. Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh lompat.
19. Rata-rata manusia lebih takut pada labah-labah daripada kematian.
20. Dengan menggunakan cara menaip menggunakan 10 jari, STEWARDESSES adalah perkataan terpanjang yang dapat ditaip hanya dengan jari-jari tangan kiri.
21. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih dari sejuta anak tikus!
22. Setiap lipstik mengandungi sisik ikan.
23. 99% orang yang membaca tulisan ini mencuba mengalikan fakta no. 12

Tuesday 14 April 2015

Kreatif dlm bersedekah

Kreatif dlm bersedekah: 
1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan sama mngkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

..2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

..3.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

..4. Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

..5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

..6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

..7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

..8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
.
..10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

..11. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...

..12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. 


Untuk renungan diri ini juga yang selalu leka dalam mengejar dunia...ye dak...


Selamat bersedekah.

Thursday 9 April 2015

Bila waktu terhenti

6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 am, hari masih gelap.
Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast.
Keluar pintu ofis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.
Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari..
Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..
Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!
Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..
Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..
Bismillahirrahmanirrahim.
 Kenapa kita tidur time Allah memanggil? Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?
 Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
 Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?
 Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club? semakin besar?
 Kenapa kita lebih sangat senang menyembah ARTIS? Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH? Pikirkan itu
 Apakah anda akan menforward pesanan ini?
 Apakah anda akan mengabaikan pesanan ini kerana takut ditertawakan dengan rakan yang lain? Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."
1. Biarkan didalam whatsapp anda tanpa bermanfaat untuk org lain.
2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. . Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala 
-renungkanlah..
Bacalah mesti seronok
KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn so
lat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Nasihat Kubur: 🔊
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca  AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2  yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,  bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda ..
Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
K: Kiblat
A: Arah
A: aku
B: Bersujud hingga
A: akhir
H: Hayatku

Friday 3 April 2015

Hijab

As salam...

Tiba-tiba tercuit utk bercakap soal hijab..ok lah..sy ni bukanlah antara yg berhijab dari kecil..boleh dikatakan baru berjinak-jinak jugalah..pada usia 26 tahun barulah betul-betul nekad nk ubah penampilan diri..tapi sebenarnya mmg dah lama simpan hasrat tu..cuma nak terjemahkan dalam perbuataan dan tindakan tu aje yg belum ada kekuatan walaupun dari mula2 belajar alif ba ta lagi dah tahu tentang kewajipannya...nama pun manusia...kalau tak degil..tak buat silap..bukan manusia la namanya...memang makan tahun jugak nk laksanakan tuh...macam projek juta-juta..haha...tapi tulah...setiap hari lepas kerja mesti janji dgn besfren nak kluar carik tudung...kira tempoh pengumpulan koleksi tudung lah cerita dia..beli tudung bawal..beli shawl byk-byk dengan konfidennye pandai sgt lah nak melilit tuh...setiap malam duduk depan cermin utk 'try n error' bile menjadi..ok rasa boleh terus start pakai pergi kerja esok nih..try pulak lagi satu shawl...tah macam mane pulak tak lilitkan mende ni ha...haih...hasrat terkubur..ok hijab's mission postponed!!! hmmm...gitu perangai walaupun umur dah nak menjangkau 23-24 dah masa tu...tak berape ingat pulak kite..niat masa tu kalau boleh bile dah start pakai tu konon nk jadi muslimah sejati jugak..macam org yg tutup aurat dgn erti kata menutup aurat yg sebenar tak kira dimana dan apa pun yg dilakukan masa tu..tak nak bukak tutup dah..masa di usia macam ni juga orang keliling walaupun bukan semua..tetapi..majoriti yg bergelar akak2 n acik2 akan menyindir anda tak kira secara terang-terangan mahupun secara halus..bila terasa mcm tu..dalam hati ni selalu bercakap sendiri..."ye..sy tau...tapi bagi sy sikit lagi masa...banyak sy nk kene belajar balik..jgn bg sy tekanan yg mcm ni.." tapi dalam banyak-banyak sindiran yg mcm ni...paling pedihnya bila awak..gegel macam sy ni ada teman tapi mesra..yg sekelip mata berpaling tadah dengan tak ada alasan..tak ada angin dan ribut..berpaling tadah secara terang terangan pulak tu...ditambah pulak dia bersama gadis barunya bergabung tenaga memerli awak pasal hijab ni..sedangkan sepanjang bermesra dgn awak tak pernah langsung die menegur semua salah awak tu...homaigaddd...gegel...tabah ok..i know that feel...sakit yg teramat sangat...tak tipu ok...siapa rasa pernah jadi teman tapi mesra saya dan pernah buat macamni sy harap sangat awak jgn buat dekat gegel lain ok...harap ada rasa belas kasihan sikit dekat orang lain..hihi..tapi sy maafkan awak..haha...tapi...tapi..tapi....bukanlah sy ni melakukan perubahan besar dalam hidup semata mata disebabkan mereka mereka ni...tidak.....ia hanya sekadar utk mencari kembali diri yg dah lama hanyut dgn keindahan dunia ni...jangan tipu kalau cakap dunia ni tak seronok eh..jangan tipu..semua orang pernah muda..tapi biasanya kematangan tu akan seiring dengan usia...dan tuntutan hidup yg penuh cabaran ni akan buat kita rasa..'owhhhh penatnya kerja...malasnya nak pegi mana-mana..' hmmmm...akhirnya anda semakin jauh dengan zaman muda anda..atau erti kata lain..zaman berfoye-foye..haha..karok sampai pagi lah..movie kalau tak midnite bukan movie namanya kan...haha...tak apa la...semua orang akan lalui zaman yg hmmm hmm hmmm..boleh dikatakan ntah hape hape..normal lah tu...thats life..cuma...adik-adik..nak menikmati dunia ni berpada-pada lah...jaga diri..jaga maruah..jangan rosakkan diri..sampai masa semua orang akan berubah..tetapkan hati..in shaa Allah semua boleh jadi...hmmm hmm hmmm...

babai!

Wednesday 11 March 2015

Kenapa cicak harus dibunuh?…


CICAK!



Kenapa cicak harus dibunuh?… 

1] kerana dahulu kala ketika Nabi Ibrahim As dilemparkan ke dalam api, sesungguhnya semua haiwan-haiwan di muka bumi ini berusaha membantu Nabi Ibrahim As dengan cara memadamkan api tersebut. Namun cicak malah sebaliknya, dia malah meniup-niupkan apinya agar apinya semakin membakar tubuh Nabi Ibrahim As. Maka Rasulullah Saw memerintahkan kepada kita (selaku ummatnya) untuk selalu membunuh cicak!

2] Ada seekor cicak di dalam Gua Tsur yang sedang berbunyi kuat dan nyaring serta bergema. Mendengar suara cicak yang begitu kuat, para kaum kafir Quraisy yang sedang memburu Rasulullah Saw menjadi sangat yakin bahawa Rasulullah Saw bersembunyi di dalam Gua Tsur tersebut. Namun, untungnya ketika kaum musyrikin melihat pintu gua tertutup dengan sarang labah-labah, mereka tidak percaya. Kalau orang masuk ke gua itu, tentu sarang labah-labahnya rosak. Maka terlepaslah Nabi Muhammad Saw dan sahabatnya. Maka dari itu, cicak disunatkan untuk selalu dibunnuh!

3] Di dalam suatu keterangan mengenai hadis sahih, Nabi Muhammad Rasulullah Saw pernah melaksanakan solat. Ketika dia sedang solat, tiba-tiba dia dikencingi serta diberaki oleh cicak yang berada di atas nya, sedangkan tahi cicak dan air kencing cicak itu sangat bau dan najis. Oleh kerananya, Nabi Muhammad Rasulullah Saw menamai cicak dengan nama Fuwaisiq (Si penjahat kecil).

Nah itulah indahnya Islam, walaupun cicak disunatkan untuk dibunuh oleh setiap kaum Muslim, tetapi tetap saja, ummat Islam diharamkan untuk berlaku zalim dan kejam terhadap semua makhluk termasuk cicak!

Sekali pukulan yang dapat mematikan bagi sang cicak, maka pahalanya sangat besar daripada pukulan berikutnya yang selalu mengurangi pahala dari membunuh cicak.

Apalagi pada pukulan keempat dan sebagainya, maka pahala kita menjadi kosong, malah yang ada mungkin kita menjadi dosa kerana telah menganiaya cicak.

Dan lebih banyak lagi mengenai cicak dalam Islam (Rahmatan lil ‘alamin) yang menceritakan bahawa cicak itu bukan binatang yang sopan, dan cicak juga sering memakan makanan-makanan kita sendiri yang pada akhirnya kita akan merasa jijik dengan makanan kita sendiri.

Jadi kalau anda melihat cicak, bunuh saja ia!!!

Cara yang betul untuk membunuh cicak adalah dengan menggenggam tubuhnya, kemudian kepalanya diletakkan di antara jari telunjuk dan ibu jari, kemudian tekan kepalanya dengan keras!

Kalau saya sendiri masih geli untuk membunuh cicak dengan cara demikian. Membunuh cicak dengan cara dipukul pun tidak mengapa. Ingat, jangan menyiksanya!

Bagi yang tidak ingin mengamalkannya, silakan, tapi sebagai seorang muslim kita harus percaya bahawa cicak adalah binatang yang disunatkan untuk selalu dibunuh, kerana sumbernya secara lansung dari hadis Rasulullah Saw yang sahih!

Wallahu’alam...

Tuesday 30 December 2014

SIFAT DAN TARIKH LAHIR ANDA MENGIKUT BULAN-BULAN ISLAM...

haha..hye..tengok2 sifat n perangai ikut tarikh lahir ni mmg salah satu feveret i lah bile byk mase yg nak dibuang-buang tu...tp biasa yang ade pon semua ikot kelendar mat saleh kan..cer tengok ikot kelendar hijrah pulak..ok straight to the point..I punye bday 14 feb 1988..so kalau convert ke kalendar hijrah sama dengan 25 Jamadil akhir 1408..jap..macam mana tahu? owh...nah link kat bawah ni..boleh try berape banyak date pon..tarikh lahir adik beradik sepupu sepapat suku sakat semua boleh..copy n paste aje..senang..lepas dah tau bila date yg betul ni so boleh la wish bday 2 kali yep yep..


http://www.oriold.uzh.ch/static/hegira.html


MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR 
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
 

RABIULAWAL

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya. 

JAMADIL AWAL
 
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
 

JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya. 

REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki. 

RAMADHAN
 

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat. 

SYAWAL
 

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki. 

ZULKAEDAH
 

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan. 

ZULHIJJAH
 

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan